Isnin, 2 November 2009

RANKING TERKINI DAN PENCAPAIAN..

PENGIRAAN RANKING...
Mata ikan dikira dengan formula berat X mata spesis. Mata spesis dikategorikan seperti di bawah:
KATEGORI 15 MATAKATEGORI 10 MATAKATEGORI 5 MATA
KERAPUTENGGIRIMAYONG/MALONG
EBEK/CERMINKURAU/SENANGINALU-ALU
JENAHAKBELITUNGARUAN TASIK
MERAHIBU GELAMAPARI/KETUKA
LANDUKPECAH PERIUKSEMILANG/GEMANG
SIAKAPTEBAL PIPIGELAMA
JEMUDUK/CUPAKGEROT-GEROTTODAK

KACI

DAUN BARU
BAYAN/KETARAP BELANAK
GERONG BELANG BAJI
AJI-AJI BELUKANG/DURI
PISANG & TIMUN LAIN-LAIN SPESIS
***spesis buntal, sesirat, yu tidak diambil kira***

ACIK..

HASIL TANGKAPAN..

RIZAL...


HASIL TANGKAPAN...

Ahad, 1 November 2009

NAIM....



HASIL TANGKAPAN...

ASRI..





HASIL TANGKAPAN....

FIRDAUS



HASIL TANGKAPAN..

TRIP TUAS YAN










KERAPU DAN JENAHAK MENJADI HABUAN....

Sabtu, 31 Oktober 2009

KAIL MAKAN TUAN



MENCANDAT SOTONG JADI MENCANDAT YU






YU MENYERANG UMPAN HABIS SOTONG,YANG TINGGAL CUMA IKAN YU..HEHEE..27 EKOR YU TEWAS

Ahad, 18 Oktober 2009

MARI TERSENGIHHHH.....

KAMI SEDIA MENJAWAB KEMUSYKILAN ANDA!

SILA CATATKAN NOMBOR SOALAN YG ADA KAITAN DENGAN DIRI ANDA DALAM ULASAN

Di Tahap Manakah Anda Sebagai Pemancing?

  1. Isteri & Keluarga tidak mengemari hobi anda. ( )
  2. Takut Isteri & Isteri suka meleter. ( )
  3. Hobi di waktu terluang sahaja./ mabuk laut. ( )
  4. Mengikut kawan. ( )
  5. Masalah Kewangan. ( )
  6. Semangat tinggi tapi kurang kesungguhan ( )
  7. Tetap bersungguh tapi masih tetap kecewa. ( )
  8. Teman memancing yang kurang disenangi. ( )
  9. Faktor cuaca,umpan dan air membataskan aktiviti anda( )
  10. Peralatan memancing yang serba kekurangan. ( )
  11. Merasai tekanan apabila hasil tidak seberapa. ( )
  12. Berkira masalah kewangan,kenderaan,hasil tangkapan. ( )
  13. Terlalu merendah diri./ cepat putus asa. ( )
  14. Ingin berjaya tapi tiada keyakinan diri. ( )
  15. Suka merahsiakan lubuk-lubuk untuk kepentingan sendiri( )
PENGAKUAN IKHLAS ANDA MEMUDAHKAN KAMI MERUNGKAI PERSOALAN YG KUSUT DI FIKIRAN ANDA.......

PARI OH PARI...........





Ikan Pari - Bila ia melekap didasar berbagai cara didengar untuk melepaskan -nya seperti menggunakan tempurung, tali pancing dibuat seperti bermain gitar, batu ladung bersama kain dicelupkan dengan pertrol dan tembakau rokok. Adakah cara ini jawapan yang sebenarnya?

Cara-cara seperti diatas adalah untuk membuat ikan pari terkejut dan lari adalah tidak logik sama sekali. Cara dan barangan seperti diatas yang anda hantar kebawah tidak akan sampai kepadanya atau tersekat kerana penggunaan tanduk,cili, atau batu ladung. Lainlah mata kail diikat terus pada tali utama. Bermain gitar mungkin cara terbaik bagi perairan cetek tapi bagaimana getaran tali akan sampai dalam jarak yang melebihi 20 meter? Sebenarnya apabila pari memakan umpan, ia akan melarikan diri dengan tali dibawah badannya dan apabila melekap ia akan membelakangkan pemancing. Bagaimana bahagian kepala pari akan terkena temburung, tutup botol, kain petrol atau bau tembakau?

Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Ia terbukti dengan peserta GP Joran menaikan ikan pari yang cara yang demikian.

PETUA ELAK MABUK LAUT

PETUA – MABUK LAUT

( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)

  1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
  2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
  3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
  4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
  9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"

Rabu, 14 Oktober 2009

TEKNIK-TEKNIK MEMANCING

Teknik memancing di semua perairan

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

Rabu, 30 September 2009

KOH ADANG TRIP,THAILAND...











TRIP TAHUNAN YANG DI TUNGGU-TUNGGU OLEH SEMUA AHLI BAGI MENDUGA SKILL LATIHAN SEPANJANG TAHUN...

Selasa, 29 September 2009

TRIP PULAU SONSONG YAN KEDAH







TRIP PERTAMA

JAMBATAN PULAU PINANG








KENAPE TAK PECAYE KE?......INILAH HASILNYA