Ahad, 18 Oktober 2009

PARI OH PARI...........





Ikan Pari - Bila ia melekap didasar berbagai cara didengar untuk melepaskan -nya seperti menggunakan tempurung, tali pancing dibuat seperti bermain gitar, batu ladung bersama kain dicelupkan dengan pertrol dan tembakau rokok. Adakah cara ini jawapan yang sebenarnya?

Cara-cara seperti diatas adalah untuk membuat ikan pari terkejut dan lari adalah tidak logik sama sekali. Cara dan barangan seperti diatas yang anda hantar kebawah tidak akan sampai kepadanya atau tersekat kerana penggunaan tanduk,cili, atau batu ladung. Lainlah mata kail diikat terus pada tali utama. Bermain gitar mungkin cara terbaik bagi perairan cetek tapi bagaimana getaran tali akan sampai dalam jarak yang melebihi 20 meter? Sebenarnya apabila pari memakan umpan, ia akan melarikan diri dengan tali dibawah badannya dan apabila melekap ia akan membelakangkan pemancing. Bagaimana bahagian kepala pari akan terkena temburung, tutup botol, kain petrol atau bau tembakau?

Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Ia terbukti dengan peserta GP Joran menaikan ikan pari yang cara yang demikian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan